BAB 2 : INTERAKSI & PEMBELAJARAN
Teori Perkembangan manusia dibahagikan kepada dua iaitu Pskologi-
Sigmund Freud (1856 – 1939), Erik Erikson (1902 – 1994), Jean Piaget (1896 -1980) manakala Sosiologi-Charles Cooley (1864–1929), George Herbert Mead (1863–1931).
Sosiologi ialah Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya. Setiap apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi
Sosialisasi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Sosialisasi Primer (Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.) kemudian, Sosialisasi Sekunder/ Penyertaan (Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi). Seterusnya Resosialisasi/ Sosialisasi Semula ( Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara sedia ada seperti dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah).
SOSIALISASI DAN PENDIDIKAN
- Sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia Guru & rakan sebagai agen sosialisasi. Berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan . sebagai contoh,Interaksi Sosial di sekolah umumnya dan dalam bilik darjah/semasa pembelajaran.
- Guru perlu menjadi contoh kepada murid meliputi aspek Penampilan & bahasa tubuh, tingkah laku, contoh teladan, mempunyai pengetahuan yang luas dan mempunyai sifat kepimpinan dalam diri.
DINAMIKA DALAM BILIK DARJAH
- Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama.
- Kajian sosiometri untuk mengenal pasti pola interaksi dan persahabatan dalam bilik darjah untuk mengetahui:
- *murid yang disukai/paling berpengaruh
- *kelompok-kelompok kecil yang rapat
- *murid terpinggir/tidak disukai
PERANAN GURU DALAM DINAMIKA KUMPULAN
- -Kenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah
- -Beri perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir
- -Guna kuasa penularan
- -Bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini
- -Guru bertindak sebagai model
INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
Konsep interaksi:
- saling tindakan/ berhubungan antara dua atau beberapa pihak.
- Interaksi dua pihak : interaksi seorang guru dengan seorang murid
- Interaksi beberapa pihak: interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.
- Interaksi lisan dan bukan lisan
Jenis-jenis interaksi ialah interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi kumpulan. Namun demikian, terdapat Cara Membentuk Interaksi Yang Sihat Dalam Pembelajaran seperti Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran, Penyoalan dalam pengajaran, Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran, Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, Menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil, dan Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi
Rujukan :
sila klik sini untuk nota penuh