BAB 5: PENGURUSAN MURID
Pengurusan murid telah diperkenalkan melalui Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card). Terdapatr dua jenis Kad Rekod Persekolahan Murid iaitu Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R yang berwarna kuning manakala Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M yang berwarna biru. Kad ini perlu dikemaskini oleh guru kelas dari semasa ke semasa. Kad ini perlu disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 dalam bulan Januari.
Kandungan Kad 001 ini melibatkan rekod peribadi, keputusan peperiksaan, bantuan persekolahan, minat murid, rekod kesihatan dan rekod penyakit kronik. Setiap rekod penyimpanan maklumat murid ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana ianya bermula dengan Kad 001, Sistem Maklumat Murid, Pengenalan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan terkini Sisitem Pengutusan Sekolah (SPS). Namun sejak 1 Januari 2017 , Kad 001 telah dimansuhkan kerana segala maklumat telah disimpan dalam talian.
Guru perlu mengetahui tentang Perbezaan dari segi perkembangan mental, sikap dan minat, kadar pertumbuhan fizikal, status sosioekonomi, perbezaan jantina dan perbezaan dalam diri individu. Terdapat dua teknik yang boleh memberikan motivasi kepada murid untuk belajar iaitu Teknik Intrinsik dan Teknik Ekstrinsik.
Cara yang telah diambil guru bagi memastikan murid sentiasa bermotavasi ialah dengan memastikan murid memahami objektif pembelajaran, memastikan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti P&P, berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya, pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid, menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi, berjaya mendapat pengalaman kejayaan
Menerima maklum balas yang tepat dan realistik
Rujukan :
sila klik sini untuk nota penuh