BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Menurut Doyle(1986), bilik darjah ialah Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut. Aktiviti bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran. Alberto & Troutman(1986) menyatakan bahawa cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku.
Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah bagi membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan). Pengurusan bilik darjah dipengaruhi oleh tiga aspek iaitu aktiviti pembelajaran, fizikal dan psikososial.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah melibatkan Pusat(LP), Sekolah/Bilik Darjah(BPK), Jasmani(BKK) dan Psikometrik(BPSH). Pentaksiran Bilik Darjah dilakukan secara berterusan dalam P&P bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Pentaksiran ini berlaku secara formatif dan sumatif. Antara kepentingannya adalah bagi mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dan sebagainya.
Rujukan :
sila klik sini untuk nota penuh