RUMUSAN NOTA BAB 7

BAB 7 PENGURUSAN SUMBER

  • Pusat sumber berfungsi sebagai pusat informasi, pusat inspirasi, dan pusat rekreasi.
  • Konsep Pusat Sumber:
  • Tempat – yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa.
  • Perkhidmatan – yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.
  • Koleksi bahan – yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.
  • Agen perubahan – yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran.
  • Matlamat Pusat Sumber seperti Kecemerlangan pendidikan Penggunaan kemudahan, Pemupukan tabiat belajar dan sebagainya.
  • Setiap Pusat Sumber mempunyai ciri-ciri yang penting bagi memastikan kewujudannya berkesan. Antaranya ialah Warga sekolah mengetahui dan mengenali pengurus PSS,  PSS melakukan pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS, menyediakan perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc dan sebagainya.
  • Pusat sumber yang berkesan mestilah kerap digunakan, terdapat koleksi bahan yang mencukupi, kemudahan fizikal yang mencukupi, mempunyai kewangan yang mencukupi bagi menyediakan lebih banyak bahan-bahan bacaan dan lain-lain. Bahan cetak merupakan salah satu bahan bacaan yang perlu ada dalam perpustakaan. Sebagai contoh, buku fiksyen, nota-nota pelajaran, majalah, gambar foto, surat khabar, buku rujukan, buku bergambar dan contoh-contoh kertas kerja.
  • Komponen Pembelajaran Berasaskan Sumber seperti Penggunaan  buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pandang dengar.
  • Dasar Pembelajaran berasaskan Sumber memudahkan lagi sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).  Aspek pengajaran melalui kerja projek, pengajaran unit yang berintegrasi, pendekatan inter disiplin dan pembelajaran individu secara aktif yang diberi keutamaan dalam dasar ini.
🙂

Rujukan :
sila klik sini untuk nota penuh 

Leave a comment