BAB 1: SOSIOLOGI PEMBELAJARAN
PENGERTIAN SOSIOLOGI
Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte pada lingkungan tahun 1798 sehingga 1857 dalam bukunya Positive Philosophy (1842). Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” yang bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Menurut Vander Zanden (1996), sosiologi ialah Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. Namun demikian, Jary & Jary (1995) telah mendefinisikan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi dan sebagainya. Waters(1994) berpendapat bahawa bidang sosiologi ini telah memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia.Oleh itu, Amir Hasan(2002) menyatakan bahawa definisi sisiologi ialah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.
Pengertian Sosiologi ini melibatkan 3 aspek penting Sistematik dan saintifik, Masyarakat serta Sudut. Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.
Antara Tokoh Sosiologi ialah Ibnu Khaldun (1332-1406), Auguste Comte(1798-1857), Karl Marx (1818-1883), Emile Durkheim (1858-1917), Max Weber (1864-1920) dan George Herbert Mead (1863-1931). Namun demikian, Perspektif Sosiologi lebih tertumpu kepada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Terbahagi kepada 2 iaitu Mikro (bersifat kecil dan individu) dan Makro (bersifat besar, kompleks dan berfokuskan kepada masyarakat dan organisasi).
Terdapat 3 jenis Teori Utama Sosiologi iaitu Fungsionalis, Interaksionisme dan Konflik. Ketiga-tiga teori ini menyatakan pendapat yang berbeza. Antara Prinsip Asas Interaksionisme ialah Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial, simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi, Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat dan sebagainya.
PENGERTIAN PENDIDIKAN
- Menurut Syed Muhammad Qutb, pendidikan ialah suatu prosesmembentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
- John Dewey menyatakan bahawa pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
- Amir Hasan(2006) mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke suatu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama.
PENGERTIAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN
- Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp.
- Perkembangan potensi diri,Sosialisasi, Pemilihan, Pembudayaan, Pelaburan, Pembinaan negara bangsa merupakan Matlamat pendidikan
- Terdapat empat Struktur Masyarakat di Malaysia seperti Pentadbiran pendidikan, Kaedah PdP, Kurikulum dan Bentuk institusi pendidikan
Rujukan :
Sila klik SINI untuk nota penuh