BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Menurut Amir (2002), Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Manakala Pelbagai Budaya ialah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat.
Teori-teori yang berkaitan dengan pelbagai budaya ialah Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting Pot 2: Ethnic Synthesis dan Cultural Pluralism : Mosaic Analogy.
Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya
- Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.
- The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
- An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial
- Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka.
- An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras.
Pendekatan Pelaksanaan Pendidikan Pelbagai Budaya yang diamalkan di sekolah ialah Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Selain itu, Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar dan sebagainya.
Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya adalah berdasarkan Laporan Barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951) dan Ordinan Pendidikan (1952)
Terdapat banyak Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru kerana Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Selain itu, guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya.
Ciri-ciri guru yang menjadikan pendidikan pelbagai budaya berkesan seperti Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka, Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku. Seterusnya, Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka.
Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya menitikberatkan Persekitaran Fizikal, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), hubungan guru dengan murid, disiplin, Bimbingan dan Kaunseling. Program memupuk pelbagai budaya di sekolah melalui Kelab Rukun Negara, Kem Perpaduan, Program Silang Budaya dan Kelab Bahasa ke-3.
Rujukan :
sila klik sini untuk nota penuh