RUMUSAN NOTA BAB 12

BAB 12:  SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

  • Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.  Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Selain itu, tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat

.

  • Pengetua merupakan individu yang penting dalam merintis pembnaan hubungan baik dengan luar sekolah dan perlu dibantu oleh guru-guru yang lan. Sebagai contoh, interaksi yang baik dalam PIBG dapat menjayakan program-program sekolah.
  • Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Situasi  pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. 
  • Cara untuk mengeratkan hubungan ini melalui Perkongsian Pintar. Hal ini demikian kerana Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Sekolah juga merupakan agen perubahan masyarakat.Selain itu, melalui hubungan Sekolah dan Ibu bapa (PIBG) , Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak dan  PIBG sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
πŸ™‚

sila klik sini untuk nota penuh 

Leave a comment