BAB 13 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH
- Terdapat tujuh jenis bilik pembelajaran di sekolah iaitu Bilik darjah tradisiBilik darjah terbuka,Bilik darjah bercantum, Bilik darjah pra sekolah, Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21, Bilik darjah multimedia, dan Bilik darjah mata pelajaran khas.
- Dalam carta organisasi pengurusan bilik khas mata pelajaran lebih mengutamakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Seterusnya diikuti dengan aktiviti Pengurusan & Penyelenggaraan, Pengurusan Stok, keselamatan dan kebersihan dan keceriaan.
- Strategi pengurusan bilik darjah melibatkan saiz bilik darjah, susun atur bilik darjah, peralatan yang mencukupi dan sesuai, mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang selesa. Selain itu, ciri keselamatan sesebuah bilik darjah juga dititikberatkan. Keadaan susun atur perabot perlulah dalam keadaan selamat.
- Seterusnya, dalam bilik darjah Pembelajaran Abad ke-21 sangat mementingkan cara penyusunan/ susun atur kerusi dan meja mengikut kumpulan. Sudut OPEM(objektif Pembelajaran) perlulah diletakkan di dalam kelas dan guru-guru perlu menyatakan objektif pembelajaran mereka sebelum sesi pembelajaran dan pemudahcaraan(PdPc) berlangsung.
Sila klik sini untuk nota penuh