BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Persediaan ke alam sekolah
Perancangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan kerana dapat memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif/ matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian agar tidak membosankan.
Objektif pengajaran boleh ditulis dalam bentuk Objektif implisit dan Objektif eksplisit. Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Dalam buku ini, guru dikehendaki untuk merekod Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.
Dalam Komponen Pengajaran dan Pembelajaran, Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah Objektif pengajaran, Strategi pengajaran yang sesuai, Bahan bantu pengajaran, Maklum balas pelajar dan Penilaian. Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teks, buku rujukan, Alat audio visual, peta / gambarajah, buku latihan dan sebagainya.
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran meliputi Set Induksi, Penyampaian Isi dan Penutup. Guru perlu membuat persediaan sebelum mengajar dengan persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran yang akan diajar, menyediakan bahan bantu mengajar dan lain-lain lagi.
Kajian Kes Pengurusan Pendidikan
Melalui kajian ini, dapat melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti. Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
Program Perantis Guru(PPG)1 & 2
Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah dan memberi pendedahan awal kepada bakal guru. Bidang tumpuan tugasan PPG ialah Pengurusan sekolah, Prasarana, Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling
dan Ko-Kurikulum. Kehadiran adalah wajib 100% kecuali cuti sakit yang ada pengesahan atau cuti mengejut yang mengakibatkan keluarga.
Sila klik sini untuk nota penuh