RUMUSAN NOTA BAB 9

BAB 9 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Dalam pelantikan Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM), guru-guru ini perlu dikecualikan dalam tugas mengajar secara tetap dan berjadual. Pihak Bimbingan dan Kaunseling di sekolah akan memberi fokus kepada empat perkara iaitu Disiplin, Sahsiah, Akademik dan Kerjaya serta Psikososial dan Kesejahteraan Mental. Kedudukan bilik Kaunseling digalakkan untuk berdekatan dengan bilik Disiplin bagi memudahkan proses mendenda murid yang melanggar peraturan sekolah.

Dalam Bilik Kaunseling perlu dilengkapi dengan Bilik Kaunseling Individu, Bilik Kaunseling Berkelompok, Ruang Menunggu dan Bilik Pengurusan. Terdapat beberapa program yang sering dilakukan oleh Pihak Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Sebagai contoh, Amalan Guru Penyayang, Dasar WargaEmas Negara (DWEN),  Program Minda Sihat dan Pendidikan Kerjaya.

Fokus Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah

  1. Pembangunan & Perkembangan Sahsiah Diri Murid
  2. Matlamat : Memupuk perkembangan personaliti diri positif

Kaedah : Kaunseling individu, Kaunseling kelompok

  • Peningkatan Disiplin Murid

Matlamat : Memupuk disiplin murid melalui intervensi bagi mencegah pelanggaran disiplin secara berterusan

Kaedah : Sistem fail (SSDM), Ceramah

  • Pengurusan Akademik & Kerjaya

Matlamat : Pendedahan & bimbingan mengenai peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya

Kaedah : Seminar, Bimbingan individu

  • Psikososial & Kesejahteraan Mental
  • Matlamat : Membimbing murid agar mampu mengurus dan mengekalkan kesejahteraan diri dan mental.
  • Kaedah : Perkhemahan, Pembimbing Rakan Sebaya
🙂

Rujukan :
sila klik sini untuk nota penuh 

Leave a comment