Contact

RUMUSAN NOTA BAB 11

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

  1. Pemulihan
  2. Maksud : mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks
  3. Kaedah : Penggayaan -Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.
  4. Berkeperluan Khas
  • Pintar cerdas
  • Maksud : pelajar yang  menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
  • Kaedah:  Kurikulum yang mengandungi proses berfikir secara kritis dan kreatif.
  • Autism
  • Maksud: kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
  • Kaedah:  Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK), Pendidikan inklusif
  • Disleksia
  • Seseorang  mengalami masalah membaca yang amat serius(buta huruf).
  • Kaedah:  Pendekatan multi sensori (deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan)
  • Terdapat 9 jenis Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan Logik-Matematik, Kecerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Kinestetik Badan, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Ruang Visual, Kecerdasan Naturalis,  dan Kecerdasan Eksistensialis.

🙂

sila klik sini untuk nota penuh 

RUMUSAN NOTA BAB 12

BAB 12:  SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

  • Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.  Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Selain itu, tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat

.

  • Pengetua merupakan individu yang penting dalam merintis pembnaan hubungan baik dengan luar sekolah dan perlu dibantu oleh guru-guru yang lan. Sebagai contoh, interaksi yang baik dalam PIBG dapat menjayakan program-program sekolah.
  • Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Situasi  pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. 
  • Cara untuk mengeratkan hubungan ini melalui Perkongsian Pintar. Hal ini demikian kerana Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Sekolah juga merupakan agen perubahan masyarakat.Selain itu, melalui hubungan Sekolah dan Ibu bapa (PIBG) , Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak dan  PIBG sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
🙂

sila klik sini untuk nota penuh 

RUMUSAN NOTA BAB 13

BAB 13 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

  • Terdapat tujuh jenis bilik pembelajaran di sekolah iaitu Bilik darjah tradisiBilik darjah terbuka,Bilik darjah bercantum, Bilik darjah pra sekolah, Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21, Bilik darjah multimedia, dan Bilik darjah mata pelajaran khas.
  • Dalam carta organisasi pengurusan bilik khas mata pelajaran lebih mengutamakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Seterusnya diikuti dengan aktiviti Pengurusan & Penyelenggaraan, Pengurusan Stok, keselamatan dan kebersihan dan keceriaan.
  • Strategi pengurusan bilik darjah melibatkan saiz bilik darjah, susun atur bilik darjah, peralatan yang mencukupi dan sesuai, mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang  selesa. Selain itu, ciri keselamatan sesebuah bilik darjah juga dititikberatkan. Keadaan susun atur perabot perlulah dalam keadaan selamat.
  • Seterusnya, dalam bilik darjah Pembelajaran Abad ke-21 sangat mementingkan cara penyusunan/ susun atur kerusi dan meja mengikut kumpulan. Sudut OPEM(objektif Pembelajaran) perlulah diletakkan di dalam kelas dan guru-guru perlu menyatakan objektif pembelajaran mereka sebelum sesi pembelajaran dan pemudahcaraan(PdPc) berlangsung.
🙂

Sila klik sini untuk nota penuh 

RUMUSAN NOTA BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Persediaan ke alam sekolah

Perancangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan kerana dapat memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif/  matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian agar tidak membosankan.

Objektif pengajaran boleh ditulis dalam bentuk Objektif implisit  dan Objektif eksplisit. Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Dalam buku ini, guru dikehendaki untuk merekod Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.

Dalam Komponen Pengajaran dan Pembelajaran, Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah Objektif pengajaran, Strategi pengajaran yang sesuai, Bahan bantu pengajaran, Maklum balas pelajar dan Penilaian. Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teks, buku rujukan, Alat audio visual, peta / gambarajah, buku latihan dan sebagainya.

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran meliputi Set Induksi, Penyampaian Isi dan Penutup. Guru perlu membuat persediaan sebelum mengajar dengan  persediaan ilmu pengajaran dan isi  pelajaran yang akan diajar, menyediakan bahan bantu mengajar dan lain-lain lagi.

Kajian Kes Pengurusan Pendidikan

Melalui kajian ini,  dapat melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti. Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Program Perantis Guru(PPG)1 & 2

Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah dan memberi pendedahan awal kepada bakal guru. Bidang tumpuan tugasan PPG ialah Pengurusan sekolah, Prasarana, Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling

dan Ko-Kurikulum. Kehadiran adalah wajib 100% kecuali cuti sakit yang ada pengesahan atau cuti mengejut yang mengakibatkan keluarga.

🙂

Sila klik sini untuk nota penuhÂ